Thursday, December 10, 2009

Kumulai ...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Blog ini saya buka untuk memuatkan ilmu-ilmu pendidikan Islam dan bahasa Arab Tingkatan Satu hingga ke Tingkatan 5. Oleh kerana zaman semakin canggih, murid-murid pun canggih juga. Sebagai suatu usaha saya untuk menyampaikan ilmu agama dan mudah pula dicapai untuk dirujuk , dijadikan nota atau mudah untuk diadakan soaljawab, maka saya usahakan blog saya ini sebagai alternatif kepada blog peribadi saya (Pencinta Ilmu -http://my-ilmu.blogspot.com) kerana blog tersebut adalah 'fikir saya' untuk ummah secara global. Maka fahamlah..Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat. Kepada rakan-rakan guru, murid-murid dan sesiapa yang berhajat bolehlah mengambilnya dengan dinyatakan sumbernya. Walaupun begitu, sekiranya ada didapati sebarang kesilapan pada blog ini, maka saya berlapang dada untuk menerima pembetulan dan teguran. Semoga Allah S.W.T membekati usaha saya ini dan dijadikan ia sebagai bekalan amal kebajikan saya di SANA nanti.. aminnn.

No comments:

Post a Comment