
.jpg)
.jpg)

Segala isi kandungan blog ini adalah pandangan pribadi samada idea sendiri mahupun ambilan daripada sumber lain yang menarik minat pemilik blog ini.
Pelajaran Pertama Tingkatan Satu
Bab : Tilawah Bacaan, Kefahaman dan Hafazan.
1. Alif, Laam, Miim.
2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5. Mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.
Makna potongan ayat :-
1. Ÿƒ‘-Tidak ada sebarang syak / tiada keraguan
2. - bagi orang-orang yang bertakwa
3. - dengan perkara ghaib
4. - mereka bersedekah / berinfaq
5. - mereka yakin
Kefahaman ayat
1. Al-Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril.
2. Al-Quran mengandungi 6236 ayat dan merupakan mu’jizat yang kekal abadi sehingga hari kiamat.
3. Ciri-ciri Al-Quran ialah seperti berikut :-
- Mempunyai 30 juzu’
- Dimulakan dengan surah al-Fatihah
- Diakhiri dengan surah an-Naas
- Dalam Bahasa Arab
4. Antara isi kandungan Al-Quran ialah :
a) Persoalan akidah dan tauhid
b) Ibadah khusus seperti solat, zakat, puasa dan haji
c) Peraturan dan adab berkomunikasi antara makhluk
d) Nilai-nilai akhlak yang mulia
e) Kisah-kisah para rasul dan nabi serta umat terdahulu
f) Perundangan dan peraturan hidup